Wednesday, November 4, 2009

Bahan baru

Lama tak update blog nie... anyway akan ada bahan baru.
Produk stevico, dari stevico direct.

Wednesday, August 12, 2009


nie banner konsert yang aku buat untuk konsert di smk kuala lanar lipis
nest week.

color dah lari la.. malas nak edit balik.. enjoy

Tuesday, August 4, 2009

Yum yum










hai, sibuk sungguh aku.. sampai takda masa update blog
Boring-boring Kita masak spageti..amacam?
nama dia spageti hantam sajalah. hahaha
sedap nie aku masak.. napa x caya?




Monday, June 29, 2009

Monday, June 15, 2009

Alam (bahagian 1)

Sekarang sibuk dengan produk kesihatan diri dari jenis produk luaran hingga makanan. kita semua nak sihat.. Kadang-kadang macam paranoid pulak pasal kesihatan ni, yealah sekarang macam-macam jenis penyakit baru,dan paling ganas sekarang (H1N1).Baru diorang tau(pembuat virus n virus komputer)sapa yang paling hebat. Tuhan kalau nak tunjuk kejap jer.
Tapi kalau masa jerebu ni (EL nino) orang kita rileks je kan? macam takda apa berlaku je. betul ke?.
Dari kajian (mat saleh jugak yang tolong kaji) dalam 30 tahun lagi Ais di kutub akan cair atau lagi cepat dari itu, aku kira- kira umur aku pun baru 50-60thn macam tu.(kalau dipanjangkan umurlah). so kalau ada anak. anak kita baru umur remaja. So what will happen then?.Bagaimana keadaan masa tu?.
jadi, tak guna juga jaga kesihatan kalau 'Env' kita tak jaga.
Kalau kita boleh tapis air sampai takda bakteria. Boleh ke kita tapis terus bahan-bahan sisa minyak, sisa makanan, sabun basuh, sisa kumbahan? sebab ada bahan-bahan ini dialir dari longkang terus ke sungai dan laut. Aku dulu duduk di kawasan pantai tahun 90an dulu, aku dapat lihat terusan/longkang dari kawasan perumahan terus ke laut, Aku tak faham macam mana sistem perparitan macam ni boleh dibuat.

Apa yang boleh kita buat?.

Tuesday, May 19, 2009

FEver

Bukan
bukan demam bola,
bukan demam cinta,
chikugunya pun bukan,

demam biasa je heheh.. tapi aku x nak cakap pasal demam tapi ada sket.

Seprais yang tak berperasaan...

tengah best lepak minum..
student aku panggil dengan muka cuak..
aku yang muka selenga wat rilek je..
cepat2!! apasal?

aku macam dapat agak apa yang berlaku..

aaaa rupanya kejutan hari jadi, hampeh..
kalau aku tak perasan mesti rasa mcam seronok sket kan?
ceh..

Sunday, May 3, 2009

Reload Card

Satu lokasi di Kuantan

Kedai topup

Aku: Dik, Celcom RM5..

Minah kedai: 5.50 bang..

Aku: Hah? Apsal plak?

Minah kedai Ntah.. saya jaga je ni.

Aku pun blah...

Vic vapor rub VS Kedai Runcit

2/5/2009. Sabtu

Satu lokasi di Kuantan, Aku mencari Vic vapor rub untuk anakku.

Kedai 1 :

Aku : Kotor je kedai ni, bisikku....Encik.. Vic ada?

Tauke : Ada.. Tuee...

Aku : Err.. Apsal ada tompok2 mcam taik lipas?.. Bisikku.. takpalah..

Aku beredar.

Kedai 2.

Aku : Cantik kedai nie macam 7E. Ada Vic tak?

Minah kedai: Takda

Aku: Aduiii takda lagi.


Kedai 3

Aku : Usha dulu... Em tak jumpa.. Dik, ada Minyak Vics tak?

Anak Tauke (kot): Ada.. ermmm Nak Mancis?

Aku : Hah? Bukanlah, Minyak VICCCs... VIC!!!

Anak Tauke (kot): Aaaa... tuee...

Aku : Aaa.. rasa macam dah tengok tadi.. "Mana?"

Anak tauke (kot): Tu.. Minyak Alfiat!

Aku terkedu lalu terus saja beredar tanpa melihat wajah budak tu.. Minah ni harap je lawa otak mereng, ke aku salah cakap? aku membebel sorang-sorang.

Kedai 7eleven.. aku usha2 pun takda.. Sampai kedai ke 5 baru aku jumpa...
itu pun aku jumpa kat kedai bukan sebangsa dengan aku... alaihai, ni yang buat aku malas
nak pergi ke kedai sekaum aku..dulu pun susu pekat pun payah nak jumpa... Macam mana nak maju..
Lu pikiaq laa sendiri.!

Sunday, April 19, 2009

My New Born Baby










My New Born Baby...Syukur kepada Allah dikurniakan dengan cahayamata yang cantik ini.
Nilah Anak aku,Nur Izzah Insyirah. comel tak? Macam Abah dia kan kan? mak dia pun ada




lahir 20/02/2009 pagi jumaat. Masa tue tiada orang pun yang masuk labour room kecuali wife aku n suasana masa tue sunyi betul. Aku rasa macam perasaan yang aku tak dapat bayangkan dan ketenangan yang tidak terhingga.
Seriuslah rasa macam nak gugur jantung menunggu sebelum itu.Nak cerita pun rasa tak cukup satu episode.

Forward....
Hari ini dah masuk 2 bulan dah, malam tadi punya la menangis dia dari pukul 3pagi sampai 4pagi.. last2 aku teringgat kalau baby tengah nangis nie distract dia denganapa-apa bunyi.. aku terus je pasang TV, Wife aku masa tue letak adik (kitorang panggil)dalam buaian.. tup-tup terus lentok.. menjadi juga trick aku...
akhir cerita aku terlajak tidor lagi...nasib baik sempat datang ofis.

New Proton Exora MPV





















Proton dengan bangganya telah melancarkan model terbarunya kini dengan pengeluaran sulung MPV (Multi Purpose Vehicle). Nasib aku baik juga hari itu terserempak dengan kereta ni.. jadi aku pun usha2 lah. terbawak pulak kamera hari tu.
"besar jugak rupanya kereta ni rupanya", bisik hatiku. Dari segi rekabentuk memang citarasa kini. Keseluruhan nampak bagus dan selesa dan dengan kebenaran kakak promoter aku tanpa segan silu masuk dalam kenderaan itu..lalu aku pun berkata "besar jugak dalam kereta ni" dari depan sampai kebelakang..LUAS itu ungkapan aku dan member aku dari tadi. kelebihan kereta ini ialah keluasan, keselesaan.. aircond sampai seat belakang tue. memang puas hati bagi korang-korang yang anak ramai, berniaga ke, dan tak mahu keluar bajet tinggi-tinggi beli kereta. Nampak macam nak lawan avanza dan citra saja.
Selalumnya orang akan tanya keupayaan enjin untuk menjanakuasa menggerakkan sesebuah kenderaan. Exora dijana dengan enjin tidak lain dan tidak bukan enjin Campro atau CPS 1.6. Harga antara 60k low - 72k full spec (seingat aku).

Aku tak mahu komen banyak-banyak, nak tau banyak lagi pergilah ke showroom-showroom berdekatan dengan anda, terima kasih.

Tuesday, April 14, 2009

New Honda City 2009












I've test drive New CT.. I have read all comment about it ( and make me confiused ).. gud or bad..(dlm paultan). So, I make a list on it..
1. The exterior I think is great, hi-tech+modern+sporty on design statement. got lots of rigid and sharp line.. some of it u can see in defferent angle.. lain dari yang lain.
2. Smooth handling. a little bumpy (nak best tukar la adjustable kan2)..but have a quite engine (only when crusing) (biasa la auto bila lenjan, menjerit mintak tolong) gud for me for long distance drive (balik kampung) rather driving My Viva (rasa kecik je tgh2 highway.
3. The interior is ok (not relate to d ex.. why aa? ).. obvios on audio dashboard panel. but is still ok..meter ar also a bit small. waja cps is better. door panel is great.. power window just like my viva ( hv 2 crfulll on rainy day. space is gud,nice n neat. hmmm the headrest is like Darf Vader helmet from behind?!
4. Not gud for kaki lenjan/racing (sometimes like to do that too with my proton). but xpala kot. .
5. Tips shift is like ur playing Playstation(Grandturismo or Most Wanted) ah best gilerr sehh...
6. My dream car is Lancer n Civic.. but can't afford it.. but this new CT is just the thing i need (affodable n have style).
7. Hopefully New CT is good choice for me..
Sekian

Wednesday, April 8, 2009




artworkku yang tak seberapa huhu amacam ok tak?

Buat kawan-kawan, saudara mara yang buat kenduri tu, Sorry la ada yang takdapataku pergi.. iwan, Amir (john taiping), Mie (honda E.K) semoga dipanjangkan umur dan berbahgia selalu.. tribute for Yati & laki ko, solamat pengantin baru!