Sunday, April 19, 2009

New Proton Exora MPV





















Proton dengan bangganya telah melancarkan model terbarunya kini dengan pengeluaran sulung MPV (Multi Purpose Vehicle). Nasib aku baik juga hari itu terserempak dengan kereta ni.. jadi aku pun usha2 lah. terbawak pulak kamera hari tu.
"besar jugak rupanya kereta ni rupanya", bisik hatiku. Dari segi rekabentuk memang citarasa kini. Keseluruhan nampak bagus dan selesa dan dengan kebenaran kakak promoter aku tanpa segan silu masuk dalam kenderaan itu..lalu aku pun berkata "besar jugak dalam kereta ni" dari depan sampai kebelakang..LUAS itu ungkapan aku dan member aku dari tadi. kelebihan kereta ini ialah keluasan, keselesaan.. aircond sampai seat belakang tue. memang puas hati bagi korang-korang yang anak ramai, berniaga ke, dan tak mahu keluar bajet tinggi-tinggi beli kereta. Nampak macam nak lawan avanza dan citra saja.
Selalumnya orang akan tanya keupayaan enjin untuk menjanakuasa menggerakkan sesebuah kenderaan. Exora dijana dengan enjin tidak lain dan tidak bukan enjin Campro atau CPS 1.6. Harga antara 60k low - 72k full spec (seingat aku).

Aku tak mahu komen banyak-banyak, nak tau banyak lagi pergilah ke showroom-showroom berdekatan dengan anda, terima kasih.

No comments:

Post a Comment